Jumaat, 28 Oktober 2016

Netizens Terharu Lihat Lelaki Tua Ni Dukung Isterinya Lintas Jalan

Susah sama susah senang sama senang

 
 
Ini barulah pasangan suami isteri yang boleh dijadikan contoh. Bukannya, selepas beberapa tahun kahwin suami menonong jalan di depan tinggalkan si isteri di belakang. 
Beberapa gambar pasangan ini jadi viral apabila si suami mendukung isteri di belakangnya untuk melintas jalan. Mungkin, kaki isterinya sudah tak kuat lagi untuk berjalan laju maka suaminya memilih untuk melakukan piggyback ride sahaja kepada isterinya. 
 
Inilah tugas seorang suami, iaitu melindungi isteri dalam apa jua keadaan. 
 
 
Sumber - Shanghaiist, Era.fm

8 Cara Nak Jadi Penulis Yang Baik

 
ADA yang tanya saya bagaimana untuk menjadi penulis yang baik, yang sedap nukilan atau gaya penceritaannya agar suka dibaca oleh khalayak. Wah, serius, saya tak layak untuk menjawab kerana masih lagi merasakan ‘mentah’ dan terlalu banyak kekurangan di sana sini.
Namun kalau tanya saya, kunci untuk menulis dengan baik adalah dengan MEMBACA. Ini kerana hanya dengan membaca ‘sel-sel otak kita boleh berhubung’ – mengambil ayat yang sering digunakan orang masa kini.
Sebab itu sewaktu saya bertugas sebagai wartawan dulu, editor kami cukup pantang kalau anak buahnya tidak membaca akhbar sebelum memulakan kerja dan ini ternyata benar! Membaca bukan saja membolehkan kita mengetahui dan memperoleh banyak maklumat, tetapi juga membolehkan idea-idea terbit dengan ‘lancar’ sebaik saja kita menekan keyboard.
Kedua, tanya diri kita sendiri, apa yang kita nak tahu bila membaca sesuatu kisah waima membaca Facebook sekalipun. Percayalah, apa yang anda nak tahu itu sebenarnya lebih kurang juga apa yang orang lain nak tahu. Tulislah. Jangan tunggu lagi.
Ketiga, jangan terlalu bombastik atau memilih perkataan yang sukar, absurd, penuh falsafah sebab nak tunjuk kita hebat. Tak perlu. Kehebatan seseorang itu akan datang sendiri dan tak perlu nak ditunjuk-tunjuk pada orang. Lainlah anda nak tulis novel ke, tesis ke, kajian ilmiah ke, itu pastilah ada gaya bahasa dan disiplin penulisannya yang tersendiri.
Keempat, bila nak tulis itu, pastikan menggunakan laras bahasa yang mudah dan senang faham. Kalau kita sendiri tak faham dengan penceritaan kita, maknanya orang lain pun tentu 100 kali tak faham. Contoh paling mudah Dr.Mahathir. Apa saja yang beliau tulis, sama ada isu kewangan atau isu ekonomi yang kompleks, beliau berjaya zahirkan dengan baik dalam penulisannya hingga Mak Timah yang tengah kupas bawang kat Utan Aji pun boleh faham walaupun tidak 100 peratus.
Perenggan pun kena ambil kira…jangan terlalu ‘gemuk’…maksud saya janganlah hentam sampai 30 baris ayat dalam satu perenggan. Sakit mata pembaca nak tengok. Penggunaan foto pun penting juga. Bak kata pepatah INGGERIS – Picture Tell A Thousand Words!
Ini penting, kalau nak menulis, jadilah DIRI ANDA sendiri, tak perlu jadi orang lain. Kalau anda jujur dengan tulisan anda, orang juga akan JUJUR DAN IKHLAS membaca tulisan anda. Jangan memilih untuk berkarya, jangan nak tunggu ada di bilik berhawa dingin baru nak fikir apa yang nak taip, zaman sekarang ini semua ada handphone, daripada dok layan SMS/WHATSAPP, lebih baik anda tulis sesuatu yang bermanfaat untuk orang ramai secara keseluruhannya.
Elakkan penggunaan bahasa kasar, caci maki, umpat nista etc…kita mungkin nak tunjuk kita ni rebel, atau nak tunjuk kita ni ‘no nonsense’…tetapi ia hanya membuatkan orang ‘jauh’ dari kita, lebih teruk, ianya menjadi dosa besar yang mungkin kita tidak pernah terfikir sebelum ini.
Akhir sekali jangan takut untuk menulis, jangan takut untuk mencuba. Tulis saja apa yang terlintas di fikiran selagi ia tidak melanggar tatasusila dan undang-undang. Last but not least, jangan kemut untuk berkongsi apa yang anda tahu, sharing is caring. Yang paling pantang, jangan harap perkara macam LIKE dan SHARE. Biar takde orang yang LIKE dan SHARE pun takpe kerana harapan tinggi pada dua benda itu hanya akan menghalang anda untuk mula menulis.
Saya berhenti di sini dulu. Itulah apa yang saya amalkan. Tak semestinya betul. Wallahualam.
sumber - Facebook Syahril A Kadir, Budiey

Rabu, 26 Oktober 2016

Suspek utama skim Islamic Fund ditahan

Kuala Lumpur: Empat suspek utama skim pelaburan Islamic Fund termasuk seorang wanita ditahan di dua lokasi, kira-kira 5 petang tadi.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tiga suspek ditahan di hotel di Kuantan, Pahang, yang dijadikan tempat persembunyian mereka manakala suspek wanita terbabit ditahan di rumah di Kuching, Sarawak.
Gambar hiasan
"Antara yang ditahan adalah pengasas skim pelaburan, isteri dan anak lelakinya serta seorang pembantu kanan.
"Sejumlah 37 laporan polis diterima dan 8 kes dibuka membabitkan nilai kerugian RM3.8 juta. Hasil risikan mendapati skim ini berjaya menarik ramai pelabur," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Acryl Sani berkata, siasatan awal mendapati masih ramai lagi pelabur yang enggan atau tidak mahu membuat laporan polis kerana masih berharap untuk mendapat semula wang pelaburan mereka
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek utama sudah menutup semua akaun bank dalam negara dan polis sedang berusaha untuk mengesan sejumlah wang yang dibawa keluar oleh suspek menerusi akaun luar negara.
"Turut dirampas kenderaan mewah milik suspek antaranya Toyota Land Cruiser, Hyundai Starex, VolkswagenPolo, Mitsubishi Triton, Toyota Vellfire dan Toyota Estima.
"Semua suspek yang ditahan akan direman untuk melengkapkan siasatan bagi pertuduhan di mahkamah," katanya.
Sehubungan itu, Acryl Sani menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dan berhati-hati dengan sebarang bentuk skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.
 
Sumber - Harian Metro

Selasa, 25 Oktober 2016

Selepas ‘suntikan’ bajet, Anak Dara mahu buka kedai

KUALA LUMPUR: Peniaga “Nasi Lemak Anak Dara” Siti Hajjar Ahmad ternyata bukan sensasi viral semata-mata, dan kini memasang impian membuka kedai makanannya sendiri.
 
Beliau sedang giat mengumpul modal bagi merealisasikan matlamat itu.
 
“Kini saya ada membuat penghantaran ke syarikat. Kalau cukup modal, saya bercadang nak buka kedai supaya lebih senang mengendalikan perniagaan, seperti memasak.
 
“Insya Allah, tetapi kena kumpul modal dahulu,” katanya kepada FMT.
 
Segalanya bermula buat gadis kelahiran Kedah berusia 24 tahun itu selepas kisahnya dikompaun RM300 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana berniaga tanpa lesen bulan lalu tersebar meluas di internet.
 
Sejak itu, namanya mula disebut dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri berkunjung ke gerainya bagi menyerahkan borang permohonan lesen berniaga.
Jumaat lalu, Datuk Seri Najib Razak turut menyebutnya dalam pembentangan Bajet 2017 sebagai contoh graduan muda yang berani berniaga.
 
Keesokannya, Siti Hajjar dilaporkan berjaya menjual hampir 1,000 bungkus nasi lemak, berbanding 300 pada Khamis dan 600 pada Jumaat.
 
Menyifatkan pengalaman disebut Najib itu sebagai “sukar dipercayai”, graduan jurusan Kejuruteraan Elektronik Universiti Tun Hussein Onn itu berkata dia masih berhadapan dengan tumpuan media dan orang ramai.
 
“Ada kelebihan dan keburukannya. Misalnya orang semakin kenal (perniagaannya).”
 
Beliau memaklumkan ada pelanggan yang sanggup datang dari Johor untuk membeli nasi lemaknya ketika menyertai Festival Best Street Food di Shah Alam pada 20-23 Oktober lalu.
 
Beliau turut menerima terlalu banyak jemputan menyertai kumpulan Whatsapp sehingga terpaksa mengabaikannya.
 
“Mungkin ada juga mesej pelanggan yang tidak terbalas. Nanti orang kata saya sombong, padahal bukan itu sebabnya,” katanya lagi.
 
Sumber - FMT, MSN News

Isnin, 24 Oktober 2016

6 Pekerjaan Pelik Tapi Benar Yang Memang Wujud !

Uish! Memang pelik la pekerjaan ni semua tapi nampak macam mudah.

 
Terlalu banyak pekerjaan dalam dunia ni yang kita tahu dan yang kita tak sangka wujud! Kalau pekerjaan professional tu mestilah ramai yang dah tahu kan? Tapi macam mana pula dengan pekerjaan pelik yang melibatkan skill tertentu? Jangan terkejut tau!
 
1. Tukang Tidur Professional
Seronoknya tidur pun dibayar! Yes, ada pengkaji atau doktor memerlukan orang untuk tidur supaya mereka boleh melengkapkan kajian mereka. Ada lagi best di mana hotel-hotel mewah seluruh dunia memberi bayaran kepada mereka untuk tidur di katil empuk mereka!
 
2. Penolak Professional
Di Jepun semua nak cepat. Jadi, akan ada professional pusher yang akan menolak mereka masuk ke dalam keretapi supaya tak ada sesiapa yang terlambat ke pejabat!
 
 
3. Seat Filler
Jika di majlis-majlis mewah di luar negara akan ada seat filler iaitu sukarelawan yang akan duduk pada seat kosong jika celebrity keluar atau pergi ke tandas. Ini supaya tempat duduk nampak penuh apabila kamera dihalakan ke arah mereka. 
 
 
4. Penguji Deodorant 
Kita tutup hidung bila ada bau yang tak menyenangkan. Tetapi mereka ni bau ketiak orang untuk menguji keberkesanan deodorant ! 
 
 
5. Tukang Beratur Professional
Haaa tak payah nak penat-penat beratur dah sebab ada orang yang sanggup beraturkan asalkan bayarannya setimpal!
 
 
6. Check Jantina Ayam
Memang pelik tapi inilah realitinya! Ada pekerjaan di mana mereka perlu mengkaji jantina anak ayam.
 
Sumber - Era.fm

Jumaat, 21 Oktober 2016

Rahsia mas cotek dalam STAMINAX®

 
 
 
BELIAU seorang doktor perubatan. Bersamanya ada dorongan kuat isteri dan anak-anak, yang juga pengamal perubatan, ahli psikologi klinikal dan graduan syariah.
 
Gandingan mereka bersama graduan kejuruteraan bioteknologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berjaya merungkai keajaiban herba yang banyak manfaatnya.  
Menurut Ketua P
egawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan Platinum Herbs Sdn Bhd (PHSB), Dr Omar Jantan, segalanya terjadi apabila beliau giat mencari penawar  bagi melegakan sakit kepala dialaminya sejak 25 tahun lalu.
 
“Apabila datang sakitnya, tak boleh nak cakap. Amat sakit. Waktu itu mulalah saya mengkaji herba-herba untuk dijadikan penawar, selain perubatan moden yang saya ambil.
 
“Dalam pencarian itu, saya menemukan pokok mas cotek yang kebetulan ada di rumah. Saya rebus daunnya dibuat teh. Saya permudahkan pula dalam bentuk uncang. Masukkan saja uncang dalam air panas dan boleh terus diminum. Dengan mengambil dua gelas sehari, saya mula rasa perubahan, sakit kepala berkurangan. Saya amalkan berterusan selama tiga bulan, tanpa henti.
 
“Dan selama itu saya rasai banyak perubahan. Lebih segar dan badan bertenaga, keletihan dan kelesuan kerana waktu kerja yang panjang di klinik sudah tiada," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 
Dari situlah beliau menubuhkan PHSB, syarikat yang membuat pelbagai kajian mengenai herba tempatan dan juga pengeluar produk berasaskan herba dan minuman kesihatan.
 
“Saya tubuhkan syarikat ini untuk beri fokus terhadap kajian herba sebagai rawatan alternatif kepada beberapa penyakit kita alami masa kini.
 
“Visi kami jelas. Kami mahu menjadi pengeluar produk berasaskan herba yang halal dan mesti melalui kajian dan pembangunan (R&D) menyeluruh demi kesihatan dan kesejahteraan pengguna dengan kepakaran yang ada.
 
“Saya yakin ia dapat dicapai kerana matlamat kami adalah untuk mengutamakan konsep beli produk Malaysia (tempatan) pada harga murah sambil memperkenalkan potensi herba tempatan lain yang memberi manfaat dalam bidang perubatan,” katanya.
 
Menurut Dr Omar, kajian terhadap tumbuhan mas cotek berjalan lebih tiga tahun dan usaha beliau bersama rakan-rakan dalam membuat kajian mengenai mas cotek menarik minat pelbagai pihak.
 
Menurutnya, PHSB dilantik sebagai syarikat peneraju bagi melaksanakan projek Produk Herba Berkualiti Tinggi yang digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi, iaitu projek titik permulaan (NKEA EPP#1). Program penyelidikan dan pembangunan di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani ini dikendalikan beberapa agensi termasuk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Sirim, serta universiti tempatan terpilih.
 
Katanya, hasil kajian tiga tahun dan dengan perbelanjaan syarikat mencecah jutaan ringgit maka akan terhasillah produk dalam kategori Vitex® Series yang berfungsi untuk melegakan kesakitan.
 
Namun buat permulaan ini, beliau berkata, kebaikan produk herba ini sudah boleh nikmati pengguna dengan produk yang dihasilkan PHSB, STAMINAX®!
 
Apa itu STAMINAX®?
 
Laporan Natural Marketing Institute berkenaan gaya hidup sihat masa kini (Health and Wellness Trend Database 2004) mendapati hanya lima peratus penduduk Amerika Syarikat mengambil ubatan atas nasihat doktor bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga.
 
Manakala separuh daripada pengguna mengambil makanan/minuman tambahan. Ini menjadikan jumlah pengguna minuman tenaga  meningkat kepada 61 peratus pada 2015 dan dijangka terus meningkat hingga 2022.
 
Pengurus Projek R&D bagi produk STAMINAX®, Siti Salmi Ghazali berkata, terdapat tiga kategori bahan utama yang digunakan dalam satu-satu produk bagi meningkatkan tenaga, iaitu asid amino, vitamin dan herba.  
 
“STAMINAX® begitu istimewa kerana menggabungkan kesemua elemen ini dan lebih bersifat semula jadi.
 
“Kami menggunakan ekstrak herba bagi menggantikan bahan kimia berbahaya yang jika diambil dalam jumlah yang banyak dan tempoh lama ia boleh mendatangkan kesan buruk. Ekstrak mas cotek adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan tenaga yang hilang,” katanya.
 
Melalui R&D yang dijalankan, STAMINAX® yang dihasilkan oleh Dr Omar dan rakan-rakannya di PHSB menggunakan ekstrak daun mas cotek dapat melegakan sakit kepala atau tekanan, mengatasi kemurungan, menyegarkan tubuh selepas penat bekerja, melawan kelesuan dan rasa mengantuk, meredakan sakit-sakit pada otot, meningkatkan daya tumpu dan kecergasan tubuh.
 
“Dengan slogan ‘Life Gets Better’, STAMINAX® yang memiliki sijil halal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ini, sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Gemar bersukan dan ke gim, sukan lasak dan permotoran, juga mereka yang bekerja dalam waktu panjang seperti doktor, pekerja kilang dan yang perlu berjaga malam.
 
"Mereka yang sering mengalami senggugut dan sakit otot juga elok mengamalkan minuman STAMINAX®. Bagi pesakit kencing manis, usah risau kerana ekstrak mas cotek di dalam STAMINAX® dapat membantu mengawal dan menurunkan paras gula dalam darah," katanya.
 
Dalam pada itu, ditanya mengenai sejauh mana STAMINAX® ini diterima, Dr Omar berkata, ia baru di peringkat permulaan bagi pasaran tempatan, namun di luar negara, STAMINAX® sudah mendapat tempat.
 
“Melalui pameran dan pelan pemasaran kita di luar negara, sambutannya sangat menggalakkan. Ini mungkin disebabkan pengiktirafan terhadap kajian yang kami lakukan untuk produk ini, dan ia juga didokong oleh kesedaran masyarakat dunia terhadap kebaikan penggunaan herba yang lebih selamat, sihat dan semula jadi tanpa kesan sampingan.
 
“Kita sudah mula menarik minat beberapa negara Eropah, Singapura, Indonesia, Timur Tengah, dan Hong Kong. Bagaimanapun kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin memasarkan produk ini mana saja. Kami yakin ia dapat diterima kerana produk STAMINAX® ini mematuhi semua piawaian antarabangsa sebagai minuman kesihatan yang sangat bermanfaat,” katanya.
 
Dijual RM3.60 sebotol (250ml), PHSB juga menawarkan keuntungan sehingga 30 peratus kepada ejen yang berminat menjadi pengedar dan penjual produk minuman tenaga berasaskan herba ini.
 
Bagi yang ingin tahu lebih lanjut dan bertanyakan masalah kesihatan dialami, boleh layari  www.platinumherbs.com.my atau e-mel ke staminax5225@gmail.com.
 
Sumber - Sinar Harian

Khamis, 20 Oktober 2016

Lepas kolam ular, murid dibawa ke kubur jam 2 pagi

PETALING JAYA: Sekumpulan murid yang trauma kerana dipaksa masuk ke dalam kolam lumpur yang dicampak ular sawa di dalamnya, dikatakan turut dibawa ke kawasan tanah perkuburan Kristian pada jam 2 pagi.
 
Astro Awani melaporkan salah seorang peserta program kursus motivasi di Kuala Kangsar, Perak itu berkata jurulatih Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) mengejutkan mereka daripada tidur pada jam 2 pagi dan diarahkan berkawat kaki.
 
“Jurulatih kata kalau kubur orang Kristian duduk sebelah gambar kalau kubur orang Melayu kena pegang batu nisan.
 
“Saya terlalu takut lepas tu menangis, saya macam trauma sebab lepas balik tu saya menangis teringat semua benda yang jadi kat program APM,” kata murid yang enggan didedahkan identitinya itu.
 
Menurut Astro Awani, murid tahun 6 SK Beluru itu berkata dia terlalu trauma dan tidak mahu lagi menyertai kursus anjuran APM pada masa depan.
 
Bapa murid itu turut kesal dengan apa yang berlaku dan berkata anaknya trauma selepas insiden mencampak ular ke dalam kolam dan dibawa ke kawasan tanah perkuburan semasa program motivasi bina diri itu.
“Saya rasa tak wajar meletakkan ular dalam kolam itu kerana anak saya balik dari kem dia jadi macam trauma sehingga kami terpaksa buat rawatan cara kampung.
 
“Tak wajarlah benda-benda itu semua, dia rasa terkilan sikit sebab terjadi macam ni. Sepatutnya mereka tak boleh buat macam ni, masukkan ular, bawa ke kubur pukul 2 pagi,” katanya.
 
Video insiden anggota APM mencampakkan ular ke dalam kolam ketika mengendalikan program kem bina diri yang disertai 45 murid sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar menjadi viral selepas dimuat naik ke Internet.
 
Susulan kejadian itu APM berkata ia berlaku secara spontan dan dil uar pengetahuan pihaknya.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Datuk Selamat Dahalan berkata penggunaan ular juga bukan sebahagian daripada modul latihan pasukan itu malah sebarang modul yang disediakan tidak melibatkan penggunaan haiwan.
 
Selepas kes itu menjadi kecoh, APM menggantung 10 kakitangannya termasuk jurulatih dan pembantu dan tidak dibenarkan terbabit dalam mengendalikan program sedemikian. Malam, program kursus bina diri itu juga digantung.
 
Sumber - FMT, MSN News

Sebar video lucah: Guru besar diberi amaran, ditukar sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengeluarkan amaran bertulis kepada seorang guru besar di Sabah dan menukarkannya ke sekolah lain, kerana memuat naik video lucah dalam sebuah kumpulan WhatsApp.
 
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, tindakan itu diambil melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
 
“Setiap kes aduan yang statusnya berasas akan diambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur sedia ada di Kementerian Pendidikan,” katanya ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
 
Teo mahu mengetahui tindakan diambil terhadap guru yang mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu.
 
Kamalanathan berkata, hasil siasatan dan temu bual Pejabat Pelajaran Daerah dengan guru besar itu mendapati, dia merupakan seorang daripada pentadbir kumpulan WhatsApp dan bukannya individu yang mewujudkan kumpulan terbabit.
 
Beliau berkata, guru besar terbabit turut menjelaskan kewujudan kumpulan WhatsApp itu untuk perkara lain, bukannya berkaitan dengan pedagogi (pengajaran) dan pendidikan.
“Guru besar itu mengakui kesilapannya dan sudahpun keluar daripada kumpulan WhatsApp itu, tapi sekiranya berlaku lagi, tindakan lebih berat akan diambil,” kata Kamalanathan.
 
Beliau berkata, pada masa sama, Kementerian Pendidikan juga tidak menolak mengambil tindakan tegas terhadap guru lain terbabit, jika menjejaskan bidang pendidikan dan hal ehwal pelajar.
 
Sumber - FMT, MSN News

Rabu, 19 Oktober 2016

'Kebangkitan seorang lagenda': Kisah hidup Chong Wei diabadikan dalam filem

KUALA LUMPUR: Kisah perjalanan hidup pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan diabadikan dalam filem dan bakal menemui penonton pada 2018.

Filem biografi terbitan CB Pictures Sdn. Bhd., akan menjalani penggambaran pada pertengahan tahun depan dengan kos pembikinan dianggarkan antara RM4.5 juta dan RM6 juta.

Proses uji bakat untuk barisan pelakon akan diadakan Disember ini, kata produsernya, Josiah Chieng.

Menurutnya, pihaknya masih sedang dalam proses memujuk pemain nombor satu dunia itu supaya turut berlakon dalam filem tersebut.

"Selama tiga tahun, kami memujuk Chong Wei untuk memberikan kita hak untuk kisah hidupnya difilemkan dan akhirnya beliau bersetuju dan memberikan kami hak tersebut," katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pemain itu dengan syarikat produksi itu di sini, pada Selasa.

Chong Wei, yang kini beraksi pada Siri Super Terbuka Denmark, diwakili abangnya, Lee Chong Hoong.

Chieng berkata genre filem adalah berbentuk motivasi yang akan menjadi inspirasi kepada semua, baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
"Datuk Lee Chong Wei adalah ikon sukan dan wira Malaysia. Ceritanya adalah wajar bagi Malaysia...bukan sahaja perlu ditayangkan dalam negara malah di seluruh dunia," katanya.
Sumber - Bernama, Astroawani