Menu

Sabtu, 14 Januari 2017

SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah

TENTU anda masih ingat penangkapan menggemparkan negara yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM berhubung Skandal Jabatan Air Sabah melibatkan rampasan wang tunai berpuluh juta ringgit yang sebahagiannya disimpan dalam kabinet.


Dalam sepucuk surat yang tersebar di media sosial, SPRM dikatakan telah mengesahkan bahawa tiada unsur rasuah dalam kes tersebut dan di luar bidang kuasa SPRM, oleh itu tiada tindakan lanjut akan diambil (NFA — No Further Action).


Surat yang diterima daripada SPRM itu difahamkan menjawab isu Skandal Jabatan Air Negeri Sabah yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sabah, saudara Mohd Khairuddin bin Daud mengenai status siasatan isu berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Halaman Facebook Pemuda Amanah Sabah, ketiga-tiga individu yang ditangkap berhubung skandal Jabatan Air Sabah itu hanya didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram bukan didakwa atas kesalahan rasuah dan korupsi.

Hasil semakan aku di media-media tempatan juga mendapati, mereka didakwa di mahkamah atas tuduhan pengubahan wang haram.

Persoalannya, dari manakah individu-individu yang ditangkap sebelum ini boleh memiliki berkepuk-kepuk duit, disimpan dalam kabinet, sampaikan ambil masa berhari-hari anggota pihak berkuasa nak kira jumlah wang yang dirampas kalau bukan dari duit rasuah dan salahguna kuasa?

Mana dapat duit beratus juta? Dapat derma juga ke?

Sumber: Pemuda Amanah Sabah, Milo Suam Facebook

Jumaat, 6 Januari 2017

Saya tak suka orang pergunakan saya: Bahri

Saya tak suka orang pergunakan saya: Bahri
Datuk Bahri Mohamad Zin
Datuk Bahri Mohamad Zin
SHAH ALAM - Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh media rasmi suruhanjaya itu.
 
Malah katanya, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.
 
"Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi daripada saya sendiri. Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya tanpa kebenaran," katanya kepada Sinar Online.
 
Bahri berkata demikian bagi mengulas kenyataan media SPRM yang mendakwa pihaknya telah menghubungi beliau, dan menyatakan Bahri menafikan bahawa beliau bersara kerana kecewa terhadap kes siasatan SRC International (SRC).
 
 "Berhubung kenyataan di sebuah portal media, bahawa Datuk Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut," petik kenyataan SPRM.
 
 
Terdahulu, pada 3 Januari lalu, Sinar Online melaporkan Bahri mengesahkan bahawa beliau telah bersara awal daripada jawatan di BOK berkuatkuasa 30 Disember 2016.
 
Bahri berkata, persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.
 
"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.
 
"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.
 
Sumber - Sinar Harian

Selasa, 1 November 2016

SPRM Tahan 3 Individu Kemuka Tuntutan Palsu RM400,000

 
ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan dua kontraktor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bagi kerja-kerja membabitkan utiliti Telekom Malaysia (TM) di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit, Julai lalu.
Sumber daripada SPRM memaklumkan, ketiga-tiga individu lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi kerana mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran negeri dengan jumlah RM400,000 sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.
“Kerja-kerja utiliti TM bernilai lebih kurang RM1.5 juta, daripada jumlah itu ada sejumlah RM400,000 kerja tidak dibuat tapi dituntut oleh kontraktor-kontraktor ini.
“Kontraktor buat tuntutan palsu iaitu pihak TM yang bertanggungjawab mengesahkan kerja-kerja tersebut telah membuat perakuan palsu kononnya kerja telah siap sedangkan sebaliknya,” katanya.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 18, Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai butiran palsu itu, atau denda RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan itu.
 
SUMBER– BERNAMA, MYNEWSHUB.CC

Rabu, 26 Oktober 2016

Suspek utama skim Islamic Fund ditahan

Kuala Lumpur: Empat suspek utama skim pelaburan Islamic Fund termasuk seorang wanita ditahan di dua lokasi, kira-kira 5 petang tadi.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tiga suspek ditahan di hotel di Kuantan, Pahang, yang dijadikan tempat persembunyian mereka manakala suspek wanita terbabit ditahan di rumah di Kuching, Sarawak.
Gambar hiasan
"Antara yang ditahan adalah pengasas skim pelaburan, isteri dan anak lelakinya serta seorang pembantu kanan.
"Sejumlah 37 laporan polis diterima dan 8 kes dibuka membabitkan nilai kerugian RM3.8 juta. Hasil risikan mendapati skim ini berjaya menarik ramai pelabur," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Acryl Sani berkata, siasatan awal mendapati masih ramai lagi pelabur yang enggan atau tidak mahu membuat laporan polis kerana masih berharap untuk mendapat semula wang pelaburan mereka
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek utama sudah menutup semua akaun bank dalam negara dan polis sedang berusaha untuk mengesan sejumlah wang yang dibawa keluar oleh suspek menerusi akaun luar negara.
"Turut dirampas kenderaan mewah milik suspek antaranya Toyota Land Cruiser, Hyundai Starex, VolkswagenPolo, Mitsubishi Triton, Toyota Vellfire dan Toyota Estima.
"Semua suspek yang ditahan akan direman untuk melengkapkan siasatan bagi pertuduhan di mahkamah," katanya.
Sehubungan itu, Acryl Sani menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dan berhati-hati dengan sebarang bentuk skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.
 
Sumber - Harian Metro