Selasa, 18 Oktober 2016

Pemandu teksi berkumpul hantar memorandum Uber, Grabcar

 
KUALA LUMPUR - Sekumpulan pemandu teksi hari ini berkumpul untuk membantah perkhidmatan Uber dan Grabcar dan menyerahkan memorandum berhubung perkara itu di hadapan Parlimen di sini, pagi tadi.
 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, perhimpunan jam10.30 pagi itu berlangsung secara aman dan berakhir kira-kira 15 minit kemudian.
 
"Kumpulan pemandu daripada beberapa persatuan pemandu teksi itu turut menyerahkan memorandum kepada wakil Parlimen," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Se-Malaysia, Zailani Isausuludin berkata kira-kira 40 pemandu teksi berkumpul untuk membantah perkhidmatan tersebut.
 
"Terdapat 10 perkara yang kami bantah mengenai pendekatan yang digunakan kerajaan berhubung Grabcar dan Uber.
 
"Kami mahu kerajaan mengkaji semula kelulusan operasi Grabcar dan Uber dalam industri pengangkutan awam di negara ini," katanya.
 
Zailani berkata, pihaknya menggesa kerajaan membatalkan pendaftaran kenderaan persendirian yang berdaftar sebagai Grabcar dan Uber sehingga satu peraturan dan undang-undang dibentuk dimaktubkan dengan hanya kenderaan yang mempunyai lesen pengendalian pengangkutan awam sahaja dibenarkan menggunakan menawarkan perkhidmatan itu.
 
Sumber - Bernama, Sinar Harian
Previous Post
Next Post

About Author