Isnin, 17 Oktober 2016

Jimat Tambang Teksi Dengan Uber & MyTeksi

Dengan perkembagan aplikasi mudah alih, dua alternatif kepada teksi tradisional dilahirkan and menjadi semakin popular, terutama di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Penang, Johor, Seremban, Melaka, Kuching and Kota Kinabalu.

Kelebihan UBER dan GRAB

Kedua-dua sistem ini memberi pengguna menempah kereta menggunakan aplikasi handphone dengan MUDAH sekali. Tidak perlu menunggu di bawah cahaya terik, beratur panjang atau mencari-cari nombor telefon pusat perkhidmatan teksi. Kelebihan kedua ialah bayaran diketahui terlebih dahulu dan biasanya lebih murah daripada cara tradisional, tidak perlu risau ditipu dengan tambang mahal semasa turun.
Selain itu, pengguna dapat mengetahui maklumat lengkap tentang pemandu, ini memberi jaminan keselamatan terutama kepada pengguna wanita bersendirian. Selain itu, semua transaksi dimasukkan kepada pangkalan data yang boleh dirujuk sekira timbul kes-kes sivil atau jenayah.
Uber dan GRAB mempunyai pusat perkhidmatan pelanggan yang baik and cepat, khidmat seperti pengesahan tempahan dengan maklumat pemandu, soal selidik selepas perkhidmatan dan lain-lain. Selain itu, banyak promosi melalui kod discount diadakan semasa musim perayaan dan acara popular. Kempen-kempen peraduan dengan hadiah lumayan juga salah satu daya tarikan.

Perbezaan UBER Dengan GRAB

Walaupun kedua-dua sistem menpunyai banyak persamaan, terdapat beberapa perbezaan ketara yang perlu diketahui supaya tidak buat pesanan silap. Dua jenis khidmat GRAB – GrabCar dan MyTeksi. Mana-mana orang memiliki kereta boleh menjadi pemandu untuk UBER atau GrabCar tetapi hanya pemandu teksi memiliki lesen PSV boleh menjadi pemandu untuk MyTeksi.
Berikut adalah beberapa perbezaan UBER dengan GRAB:
  • UBER adalah untuk pesanan “on demand” sahaja, tidak boleh menempah terlebih dahulu.
  • GRAB boleh membuat penembahan untuk masa depan ataupun sekarang.
  • Penggunaan UBER memerlukan kad kredit sebab transaksi secara kad kredit sahaja, pembayaran GRAB adalah tunai kepada pemandu.

Kelebihan UBER

  • Baik untuk mendapat kerera/teksi yang tidak dirancang atau tidak boleh dirancang seperti memerlu kenderaan daripada lapangan terbang kerana masa pertibaan tidak tentu.
  • Jauh lebih murah daripada GRAB
  • Keadaaan kereta lebih baik and pemandu lebih peramah
  • Tidak perlu membayar tunai (cashless)

Kelebihan GRAB

  • Boleh membuat penempahan untuk masa depan, ini adalah penting terutamanya untuk perjalanan yang penting seperti pergi ke mesyuarat atau lapangan terbang.
  • Ada perlindungan insurans
  • Biasanya lebih cepat sampai sebab pemandu berpengalaman daripada teksi

Pemasangan Aplikasi Handphone:

  • UBER: search “Uber” dalam Google Play atau App store
  • GRAB: search “Grab” atau “MyTeksi” dalam Google Play atau App store
 

Menganggar Tambang Perjalanan:

UBER FARE ESTIMATOR – lebih baik membuat anggaran secara online sebelum memanggil UBER kerana kita banyak mendengar banyak cerita pengguna terkejut dengan tolakan tambang tinggit bank akaun selepas memanggil UBER besar.
Video Demonstrasi Cara Mengguna UBER:
 
 
Demo mengguna MyTeksi (GRAB)
 
 
 
Perbandingan Uber dengan MyTeksi di Kuala Lumpur:
 
 
 
Sumber - Jimatringgit.com
Previous Post
Next Post

About Author