Jumaat, 21 Oktober 2016

Rahsia mas cotek dalam STAMINAX®

 
 
 
BELIAU seorang doktor perubatan. Bersamanya ada dorongan kuat isteri dan anak-anak, yang juga pengamal perubatan, ahli psikologi klinikal dan graduan syariah.
 
Gandingan mereka bersama graduan kejuruteraan bioteknologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berjaya merungkai keajaiban herba yang banyak manfaatnya.  
Menurut Ketua P
egawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan Platinum Herbs Sdn Bhd (PHSB), Dr Omar Jantan, segalanya terjadi apabila beliau giat mencari penawar  bagi melegakan sakit kepala dialaminya sejak 25 tahun lalu.
 
“Apabila datang sakitnya, tak boleh nak cakap. Amat sakit. Waktu itu mulalah saya mengkaji herba-herba untuk dijadikan penawar, selain perubatan moden yang saya ambil.
 
“Dalam pencarian itu, saya menemukan pokok mas cotek yang kebetulan ada di rumah. Saya rebus daunnya dibuat teh. Saya permudahkan pula dalam bentuk uncang. Masukkan saja uncang dalam air panas dan boleh terus diminum. Dengan mengambil dua gelas sehari, saya mula rasa perubahan, sakit kepala berkurangan. Saya amalkan berterusan selama tiga bulan, tanpa henti.
 
“Dan selama itu saya rasai banyak perubahan. Lebih segar dan badan bertenaga, keletihan dan kelesuan kerana waktu kerja yang panjang di klinik sudah tiada," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 
Dari situlah beliau menubuhkan PHSB, syarikat yang membuat pelbagai kajian mengenai herba tempatan dan juga pengeluar produk berasaskan herba dan minuman kesihatan.
 
“Saya tubuhkan syarikat ini untuk beri fokus terhadap kajian herba sebagai rawatan alternatif kepada beberapa penyakit kita alami masa kini.
 
“Visi kami jelas. Kami mahu menjadi pengeluar produk berasaskan herba yang halal dan mesti melalui kajian dan pembangunan (R&D) menyeluruh demi kesihatan dan kesejahteraan pengguna dengan kepakaran yang ada.
 
“Saya yakin ia dapat dicapai kerana matlamat kami adalah untuk mengutamakan konsep beli produk Malaysia (tempatan) pada harga murah sambil memperkenalkan potensi herba tempatan lain yang memberi manfaat dalam bidang perubatan,” katanya.
 
Menurut Dr Omar, kajian terhadap tumbuhan mas cotek berjalan lebih tiga tahun dan usaha beliau bersama rakan-rakan dalam membuat kajian mengenai mas cotek menarik minat pelbagai pihak.
 
Menurutnya, PHSB dilantik sebagai syarikat peneraju bagi melaksanakan projek Produk Herba Berkualiti Tinggi yang digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi, iaitu projek titik permulaan (NKEA EPP#1). Program penyelidikan dan pembangunan di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani ini dikendalikan beberapa agensi termasuk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Sirim, serta universiti tempatan terpilih.
 
Katanya, hasil kajian tiga tahun dan dengan perbelanjaan syarikat mencecah jutaan ringgit maka akan terhasillah produk dalam kategori Vitex® Series yang berfungsi untuk melegakan kesakitan.
 
Namun buat permulaan ini, beliau berkata, kebaikan produk herba ini sudah boleh nikmati pengguna dengan produk yang dihasilkan PHSB, STAMINAX®!
 
Apa itu STAMINAX®?
 
Laporan Natural Marketing Institute berkenaan gaya hidup sihat masa kini (Health and Wellness Trend Database 2004) mendapati hanya lima peratus penduduk Amerika Syarikat mengambil ubatan atas nasihat doktor bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga.
 
Manakala separuh daripada pengguna mengambil makanan/minuman tambahan. Ini menjadikan jumlah pengguna minuman tenaga  meningkat kepada 61 peratus pada 2015 dan dijangka terus meningkat hingga 2022.
 
Pengurus Projek R&D bagi produk STAMINAX®, Siti Salmi Ghazali berkata, terdapat tiga kategori bahan utama yang digunakan dalam satu-satu produk bagi meningkatkan tenaga, iaitu asid amino, vitamin dan herba.  
 
“STAMINAX® begitu istimewa kerana menggabungkan kesemua elemen ini dan lebih bersifat semula jadi.
 
“Kami menggunakan ekstrak herba bagi menggantikan bahan kimia berbahaya yang jika diambil dalam jumlah yang banyak dan tempoh lama ia boleh mendatangkan kesan buruk. Ekstrak mas cotek adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan tenaga yang hilang,” katanya.
 
Melalui R&D yang dijalankan, STAMINAX® yang dihasilkan oleh Dr Omar dan rakan-rakannya di PHSB menggunakan ekstrak daun mas cotek dapat melegakan sakit kepala atau tekanan, mengatasi kemurungan, menyegarkan tubuh selepas penat bekerja, melawan kelesuan dan rasa mengantuk, meredakan sakit-sakit pada otot, meningkatkan daya tumpu dan kecergasan tubuh.
 
“Dengan slogan ‘Life Gets Better’, STAMINAX® yang memiliki sijil halal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ini, sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Gemar bersukan dan ke gim, sukan lasak dan permotoran, juga mereka yang bekerja dalam waktu panjang seperti doktor, pekerja kilang dan yang perlu berjaga malam.
 
"Mereka yang sering mengalami senggugut dan sakit otot juga elok mengamalkan minuman STAMINAX®. Bagi pesakit kencing manis, usah risau kerana ekstrak mas cotek di dalam STAMINAX® dapat membantu mengawal dan menurunkan paras gula dalam darah," katanya.
 
Dalam pada itu, ditanya mengenai sejauh mana STAMINAX® ini diterima, Dr Omar berkata, ia baru di peringkat permulaan bagi pasaran tempatan, namun di luar negara, STAMINAX® sudah mendapat tempat.
 
“Melalui pameran dan pelan pemasaran kita di luar negara, sambutannya sangat menggalakkan. Ini mungkin disebabkan pengiktirafan terhadap kajian yang kami lakukan untuk produk ini, dan ia juga didokong oleh kesedaran masyarakat dunia terhadap kebaikan penggunaan herba yang lebih selamat, sihat dan semula jadi tanpa kesan sampingan.
 
“Kita sudah mula menarik minat beberapa negara Eropah, Singapura, Indonesia, Timur Tengah, dan Hong Kong. Bagaimanapun kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin memasarkan produk ini mana saja. Kami yakin ia dapat diterima kerana produk STAMINAX® ini mematuhi semua piawaian antarabangsa sebagai minuman kesihatan yang sangat bermanfaat,” katanya.
 
Dijual RM3.60 sebotol (250ml), PHSB juga menawarkan keuntungan sehingga 30 peratus kepada ejen yang berminat menjadi pengedar dan penjual produk minuman tenaga berasaskan herba ini.
 
Bagi yang ingin tahu lebih lanjut dan bertanyakan masalah kesihatan dialami, boleh layari  www.platinumherbs.com.my atau e-mel ke staminax5225@gmail.com.
 
Sumber - Sinar Harian

Selasa, 18 Oktober 2016

Food truck perlu ada identiti sendiri

 
KUALA TERENGGANU - Perniagaan berkonsepkan trak makanan atau food truck perlu memiliki keaslian dan identiti tersendiri, bagi menarik minat pelanggan untuk membeli makanan yang dijual.
 
Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim berkata, makanan yang dijual perlu mempunyai keunikan tersendiri bagi menarik minat orang ramai untuk kembali lagi bagi mendapatkan produk yang dihasilkan kerana ia tidak dijual di tempat lain.
 
“Pengusaha food truck perlu menghasilkan makanan yang sedap dan unik, mereka juga harus memiliki idea yang baharu supaya dapat memberi kelainan pada perniagaan yang dijalankan.
 
“Dengan adanya identiti yang unik, perniagaannya akan mudah diingati dan dikenali. Biarpun seseorang itu adalah peniaga food truck yang kesepuluh yang menjual air kopi di kawasan yang sama,” katanya.
 
Beliau berkata, kini perniagaan berkonsepkan food truck bukan sesuatu yang baharu malah ia semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini.
 
Katanya, selain tidak perlu memikirkan kos membayar sewa bulanan premis perniagaan, konsep ini juga membolehkan perniagaan ini dipromosikan kepada masyarakat di kawasan lain.
 
“Jika dulu, kebanyakan makanan yang dijual menggunakan trak atau van ini seperti rojak, cendol, kuih-muih air minuman pelbagai perisa dan makanan serta minuman yang ringkas, kini, sesuai dengan peredaran masa, perniagaan berkonsepkan trak makanan telah didominasi makanan barat seperti spageti, makaroni, pasta dan burger dan, waffle, pasta, roti , pizza, coconut shake, nasi beriani dan macam-macam lagi.
 
“Ini adalah peluang yang baik untuk anak muda Terengganu membuka perniagaan sendiri dengan berbekalkan modal kecil kerana ia mempunyai masa dengan yang cerah.
 
“Dulu jika ingin membuka perniagaan, mereka memerlukan modal yang besar untuk mendapatkan sebuah kedai malah perlu mencari lokasi yang sesuai memulakan perniagaan. Kini mereka bebas bergerak untuk berniaga di mana-mana lokasi yang sesuai tanpa perlu bergantung pada satu kedai sahaja,” katanya.
 
Muhammad berkata, kerajaan sentiasa memberikan galakkan terutama kepada anak muda yang ingin menceburi bidang perniagaan food truck dengan menyediakan pelbagai pembiayaan selain khidmat nasihat.
 
Katanya, antara pembiayaan disediakan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menawarkan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM) kepada usahawan perniagaan bergerak yang menggunakan kenderaan, kontena, kabin atau karavan.
 
“Antara kemudahan disediakan dalam pembiayaan SPiM ialah pembelian harta tetap iaitu mesin atau peralatan, pengubahsuaian premis perniagaan dan pemberian modal pusingan. Had pembiayaan diberikan untuk skim ini ialah RM250,000 untuk syarikat milikan tunggal atau perkongsian manakala RM500,000 bagi syarikat sendirian," katanya.
 
Sumber - Sinar Harian

Isnin, 12 Oktober 2009

JOM JADI JUTAWAN KLIK

Klik-Klik jadi jutawan

Bagaimana Jutawanklik berfungsi:-

Selepas pendaftaran anda akan menerima link anda tersendiri untuk anda klik (contohnya http://jutawanklik.com/nama_anda). Setiap kali klik pada link tersebut anda menerima RM0.10sen. Mudah bukan? Sesiapa sahaja boleh melakukannya. Anda juga menerima bonus RM10.00 bagi setiap penyertaan baru melalui link anda. Keuntungan anda adalah berganda sekelip mata setiap saat! Anda boleh klik sendiri, minta kawan klik, mengiklan, menghantar email dan sebagainya yang penting setiap klik anda menerima RM0.10 sen sudah menjadi milik anda dan anda boleh mula menjana pendapatan lumayan seberapa banyak yang anda mahu pada bila-bila masa bermula dari sekarang tanpa sebarang kesukaran dan keraguan.

Kaedah mendapat klik secara automatik:-

Kaedah menjana pendapatan automatik adalah menjadi idaman setiap orang. Duduk berehat secara santai dan wang akan bertambah secara automatik. Anda amat bertuah pada hari ini kerana kami akan bongkarkan rahsia kejayaan Jutawanklik dan bagaimana anda juga boleh mengecapinya dengan mudah. Semua orang boleh melakukannya termasuk anda! Kaedah pendapatan automatik yang kami maksudkan adalah dengan hanya mengiklan (ruangan iklan dan panduan disediakan). Setiap kali iklan link anda diklik yang anda terima akan menjana RM0.10sen secara automatik dan anda juga menerima bonus RM10.00 bagi setiap penyertaan jutawanklik melalui link anda. Amat mudah dan berbaloi dan sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Apa yang perlu dilakukan setelah mendaftar?

Setelah mendaftar anda menerima link jutawanklik anda (contohnya http://jutawanklik.com/nama_anda). Terus iklankan link anda ini diruangan yang kami sediakan untuk anda. Link anda ini akan diklik setiap saat oleh puluhan-ratusan-ribuan-jutaan manusia sesaat. Setiap klik anda menerima RM0.10sen tunai dan setiap keahlian baru jutawanklik melalui link anda,anda menerima bonus RM10.00 bagi setiap seorang. Ianya mudah, telus dan yang paling menyeronokkan semuanya adalah berjalan secara automatik 100% wang akan mengalir ke akaun anda tanpa henti secara automatik setiap saat amat lumayan dan sesiapa sahaja boleh melakukannya termasuk anda.

Isnin, 7 September 2009

Kuih Raya untuk Dijual.....

KUIH RAYA ... MEH BELI ... HARGA BERPATUTAN....SEDAP PUN SEDAP... BAIK PUNYA!!


di sini saya ingin mempromosikan kuih-kuih raya... yang sedap dan berpatutan harganya.. di buat secara "buatan rumah" (or in English known as home made). Harga yang ditawarkan amat berpatutan... satu bekas berisi lebih dari 50 biji... pada harga RM 22.00. Jikalau tuan / puan beli lebih dari 5, (maknanya 5 ke atas) diskaun sebanyak RM 2.00 akan diberikan pada setiap 5 bekas tersebut... Oleh yang demikian .. jgn lepaskan peluang ini... raya dah dekat ni wei.... JOM BELI KUIH BUATAN TANGAN ... BUKAN KUIH DARI KILANG .... APA BARANG KUIH KILANG... sokonglah IKS Bumiputera kita....


Di sini adalah antara list kuih yang ada:


1) Biskut Badam (kod 001)














2) biskut bangkit (kod 002)














3) coklat rise (kod 003)

















4) biskut bunga tanjung (kod oo4)














5) biskut kacang (kod 005)














6) biskut kristal (kod 006)






























7) biskut tat nenas (kod 007)















8) coklat chip (kod 008)
















9) biskut gajus (kod 009)















10) biskut makmur (kod 010) *













11) biskut mama carry (kod 011)*














12) biskut samprit (kod 012)*















13) biskut almond landon (kod 013)*


















yang di tanda " * " merupakan signature cookies - antara digemari oleh pembeli2 kuih home made ni.... (berdasarkan permintaan) .. sekiranya berminat hendak membuat pesanan... bleh sms ke 0173961608 atau email - taj_shabab@yahoo.com .... gunakan kod kuih sebagai rujukan... selamat hari raya aidilfitri.... terima kasih.

Ahad, 6 September 2009

TuDuNg FoR U....

TUDUNG SULAM FOR SALES...!!! BEST PRICE..!!
Meh sini tgk2 tudung untuk dijual. Harga yang berpatutan...antara koleksi tudung yang ade seperti di bawah:

NO. JENIS TUDUNG HARGA JUALAN
1 Sulam Tangan-Tangan RM45
2 Sulam Tangan-Mesin RM38
3 Sulam Mesin-Mesin RM30
4 Sulam Mesin-Biasa RM29
5 Oktant Singleline-Biasa RM28
6 Oktant Singleline-Color RM30


Di bawah ni pula contoh2 gambar tudung yg ade...























....






























































Untuk mendapat gambaran lebih detail mengenai tudung2 terbabit.. sila hubungi saya tajul @ 0173961608 (sms pun bleh) atau email aje : taj_shabab@yahoo.com. Ini kerana terdapat banyak pilihan tudung yang boleh dibeli pada harga yang menarik dan dihantar pada anda dengan kadar segera. terima kasih.

Jumaat, 18 Januari 2008

Tak cukup duit untuk kahwin???? Kami ada jalan...

Tak cukup duit untuk kahwin???? Kami ada jalan...
Assalammualaikum.. kepada mereka-mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi kekurangan duit. Silalah ke link ini (click the pic)



Sebuah buku panduan yang memang praktikal untuk orang2 yg nak kahwin tapi tak cukup duit. Dalam buku tu dia bagi panduan mcm mana nak urus kewangan, mcm mana nak simpan duit dan juga mcm mana nak cari duit tambahan.

Memang berbaloi lah kalo baca... kepada awek-awek yang pakwenya asyik mengeluh takde duit.. mungkin leh hadiahkan buku nie pada mereka..

Anda ada masalah ini:

"Arghhhh... Mana aku nak cari duit untuk berkahwin? Duit hantaran sahaja sudah hampir RM5,000. Itu belum kira barang-barang hantaran, mas kahwin, belanja untuk kenduri kahwin, upah mak andam, sewa pelamin dan baju pengantin, sewa kanopi, upah pasukan kompang, upah DJ serta peralatan audio, upah penanggah, bunga telur, kad jemputan dan bermacam-macam lagi la. Pendek kata, berbelas ribu jugalah diperlukan.

Aduh! Sudahlah kerja pun tak tetap lagi, setakat kontrak je, duit makan sendiri pun kadang-kadang tak cukup. Inikan pula nak tanggung anak orang.

Hutang motorsikal dan pinjaman pelajaran dulu pun tak habis bayar lagi.

Takkan nak kahwin pun nak buat pinjaman lagi? Jawapnya sampai aku bercicit pun tak habis bayar hutang lagi. "

Usah pening kepala lagi.. lawati link ini (click the pic)



Berita baik

Telah terbit... buku terhangat di pasaran untuk orang2 yang sedang mabuk bercinta... lawati link ini (click the pic)untuk maklumat lanjut