Selasa, 18 Oktober 2016

Kit Siang tegur mursyidul am baharu PAS

KUALA LUMPUR: DAP hari ini mempersoalkan dakwaan Mursyidul Am baharu PAS, Hashim Jasin yang berkata DAP memungkiri perjanjian kerjasama dengan PAS menyebabkan perpecahan Pakatan Rakyat.
 
Sebaliknya, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Hashim tidak berhak bercakap mengenai perkara yang tidak diketahuinya
 
“Beliau tidak boleh membenarkan sesuatu yang tidak benar,” katanya.
“Nampaknya Hashim tidak tahu cerita sebenar.”
 
Menurut Kit Siang, Kerangka Kerja Dasar Bersama yang dipersetujui oleh PAS semasa membentuk PR tidak dipatuhi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Veteran DAP itu yang turut mengucapkan tahniah kepada Hashim atas perlantikannya sebagai mursyidul am PAS minggu lepas menasihatinya “tidak membiarkan orang lain tentukan kenyataannya”.
Bernama semalam memetik Hashim sebagai berkata PAS berpatah arang dengan DAP, dan berkata hubungan PAS-DAP tidak lagi boleh dibaiki kerana DAP memungkiri perjanjian kerjasama dengan Hadi.
“Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk 2 kali di tempat sama,” kata Hashim.
Bagaimanapun, Kit Siang berkata DAP tidak pernah melanggar komitmennya.
“PR berpecah bukan kerana DAP ingkar perjanjian yang dibuat."
 
Sumber - MSN News, FMT
Previous Post
Next Post

About Author