Selasa, 15 Januari 2008

Terapi Biomagnet

Click the picture

APAKAH TERAPI BIO-MAGNET ?

Terapi Bio Magnet dipercayai telah digunakan oleh masyarakat Cina 4000 tahun dahulu. Hari ini dengan penemuan sejenis magnet yang mempunyai ciri ciri sama seperti medan kuasa semulajadi bumi (Magnet Neodymium) telah menjadi revolusi kepada kaedah terapi bio magnet.



"Neodymium" Magnet semulajadi yang paling kuat yang ditemui awal tahun 80-an




Ia merupakan cara yang paling mudah, selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan. Terapi Bio Magnet merangsang medan magnet manusia melalui titik-titik saraf. Ia meningkatkan sistem peredaran darah serta meningkatkan metabolisme dan kesihatan badan tanpa kesan sampingan. Pertubuhan Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan secara formal bahawa terapi magnetik ini tidak mempunyai sebarang risiko terhadap sistem badan manusia.

Dengan menggunakan E-Dymium Bracelet (Terapi Bio-Magnet) dapat membantu :

o Membuang Angin/Kembung Perut
o Meningkatkan sistem peredaran darah
o Meningkatkan Metabolisme Tubuh
o Tenaga /Stamina Meningkat
o MeningkatkanTenaga Batin
o Meningkatkan kandungan Oksigen Dalam Darah
o Mengurangkan sakit Gout
o Mengawal Kesakitan & Penyakit
o Mengurangkan Kebengkakkan
o Melegakan Asthma
o Merawat Insomia/Sukar Tidur
o Tidur Lebih Lena
o Mengawal Kencing Manis
o Mengawal Darah Tinggi
o Mengurangkan Kandungan Kolesterol & Lemak
o Melegakan Senggugut
o Mengurangkan Sakit Otot/Belakang/Bahu dan Sakit Leher
o Melegakan Migrain
o Melegakan Stress
o Meningkatkan Daya Ingatan
o Daya Penglihatan Lebih Tajam
o Penghadaman Lebih Baik
o Mencegah Sembelit
o Menyahkan Toksin

Sel manusia mempunyai caj positif di bahagian tengah dan caj negatif di bahagian luar sel, dan ia mendapat caj semulajadi dari medan kuasa magnet bumi. Semasa sel melakukan tugasan harian, ia kehilangan caj menyebabkan sel menjadi reput. E-Dymium Bracelet yang mengalirkan kuasa tenaga-bio berupaya menembusi semua peringkat dan bahagian badan melalui aliran meridian, lantas dapat sampai pada setiap sel untuk mencaj dan membaiki semula paksi semulajadi sel.

Berdasarkan kajian yang dibuat di USA pada tahun 1997 oleh Dr. Carlos Valbona Baylor dari College Of Medicine, 76% pesakit-pesakit yang dirawat menggunakan magnet-magnet tetap telah sembuh atau kurang sakit sendi dan otot berbanding dengan 19% lagi menggunakan kaedah biasa / tradisional pesakit-pesakit.

MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH

Setiap hari jantung kita mengepam darah yang mengalir sejauh 12,000 batu dalam badan kita. E-Dymium Bracelet membantu saluran darah menjadi kembang, lantas meningkatkan peredaran darah yang membawa kepada peningkatan bekalan oxygen dan khasiat penting dan memacu rembesan semulajadi Hormon Tumbesaran Manusia yang diperlukan untuk pembaharuan sel.

FAKTA MAGNET

Biomagnetik boleh juga digambarkan sebagai Kutub Utara Kutub Selatan atau juga yin - yang bagi masyarakat Cina. Persamaan dari segi konsep iaitu tarikan ion negatif dan positif.

Keseimbangan tarikan-tarikan tersebut menunjukkan kadar pH adalah neutral manakala perubahan cas-cas tersebut membolehkan tahap keasidan dan kealkalian ditentukan. Medan magnet menarik kutub-kutub yang berlainan. Apabila kita meletakkan medan positif magnet dengan medan negatif magnet maka ia akan menarik di antara satu sama lain. Secara amnya, medan magnet berkuasa positif iaitu (P) akan menarik medan negatif bumi iaitu kutub utara dan medan magnet berkuasa negatif (N) akan menarik medan positif bumi iaitu kutub selatan. Dalam kenyataan ini, penggunaan negatif adalah untuk kutub utara bumi dan positif adalah untuk kutub selatan bumi.

Sebagai maklumat, sepatutnya yang digunakan dalam tubuh badan kita adalah medan magnet negatif. Apabila magnet (N) ini menyentuh kulit manusia ia dipercayai mengembangkan pembuluh darah, dengan ini darah dan oksigen akan bertambah di kawasan aplikasi magnet. Medan positif magnet pula apabila disentuh ke kulit manusia ianya akan menjadi merbahaya dalam jangka masa panjang. Hanya doktor-doktor pakar yang boleh menggunakan magnet positif untuk rawatan penyakit tertentu.

SEJARAH TERAPI MAGNET

Sejarah pernah merekodkan ahli falsafah Yunani Aristotle pernah memperkatakan mengenai faedah terapeutik yang terdapat pada magnet semulajadi untuk mengurangkan kesakitan dan merawat pelbagai kesakitan. Ahli fizik Parsi juga pernah menggunakan magnet untuk melegakan "Gout" dan kekejangan otot. Teori di sebalik terapi magnet yang dikatakan adalah ruang magnetik atau bahan yang boleh menghasilkan aliran elektromagnet boleh menembusi tubuh manusia dan memberi kesan kepada fungsi sel-sel serta memperbaikkan kelancaran sistem saraf dan organ tertentu. Pun begitu, bagaimana kuasa magnetik bertindak terhadap semua ini tidak dapat dijelaskan secara terang dan masih misteri.

Namun, ada beberapa hipotesis dibuat mengatakan arus elektrikal yang dijana magnet "mengganggu" transmisi isyarat sakit ke sistem saraf tunjang. Tanggapan lain pula mengatakan magnet meningkatkan pengaliran darah ke sesuatu bahagian tubuh lalu menggalakkan peredaran oksigen dan nutrien seterus mengurangkan kesakitan dan bengkak. Terapi magnetik biasanya digunakan untuk sakit bahagian sendi dan otot selain digunakan untuk mengurangkan sakit selepas pembedahan. Ada yang mengatakan ia dapat mengurangkan tekanan, insomnia dan migrain disamping melawan jangkitan dan memperbaiki ketidakseimbangan sistem saraf.




Previous Post
First

About Author

0 comments: