Menu

Khamis, 13 Oktober 2016

Umur bersara 60 tahun memadai

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Usia persaraan wajib kakitangan awam tidak akan dilanjutkan melebihi usia 60 tahun.
Menegaskan perkara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, had umur yang telah ditetapkan itu sudah memadai.
“Kerajaan tiada perancangan untuk menambah umur persaraan melebihi 60 tahun.
“Kalau ditambah dua tahun lagi, satu-satu jawatan itu tidak akan diisi selama tempoh itu merangkumi 50,000 perjawatan tetapi ia bukan isu utama, kerana umur 60 tahun memadai, selepas bersara mereka boleh berehat atau buat kerja lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah dalam program Fakulti CEO, di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini. 

Sumber - UTUSAN ONLINE
Previous Post
Next Post

About Author