Jumaat, 21 Oktober 2016

Rahsia mas cotek dalam STAMINAX®

 
 
 
BELIAU seorang doktor perubatan. Bersamanya ada dorongan kuat isteri dan anak-anak, yang juga pengamal perubatan, ahli psikologi klinikal dan graduan syariah.
 
Gandingan mereka bersama graduan kejuruteraan bioteknologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berjaya merungkai keajaiban herba yang banyak manfaatnya.  
Menurut Ketua P
egawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan Platinum Herbs Sdn Bhd (PHSB), Dr Omar Jantan, segalanya terjadi apabila beliau giat mencari penawar  bagi melegakan sakit kepala dialaminya sejak 25 tahun lalu.
 
“Apabila datang sakitnya, tak boleh nak cakap. Amat sakit. Waktu itu mulalah saya mengkaji herba-herba untuk dijadikan penawar, selain perubatan moden yang saya ambil.
 
“Dalam pencarian itu, saya menemukan pokok mas cotek yang kebetulan ada di rumah. Saya rebus daunnya dibuat teh. Saya permudahkan pula dalam bentuk uncang. Masukkan saja uncang dalam air panas dan boleh terus diminum. Dengan mengambil dua gelas sehari, saya mula rasa perubahan, sakit kepala berkurangan. Saya amalkan berterusan selama tiga bulan, tanpa henti.
 
“Dan selama itu saya rasai banyak perubahan. Lebih segar dan badan bertenaga, keletihan dan kelesuan kerana waktu kerja yang panjang di klinik sudah tiada," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 
Dari situlah beliau menubuhkan PHSB, syarikat yang membuat pelbagai kajian mengenai herba tempatan dan juga pengeluar produk berasaskan herba dan minuman kesihatan.
 
“Saya tubuhkan syarikat ini untuk beri fokus terhadap kajian herba sebagai rawatan alternatif kepada beberapa penyakit kita alami masa kini.
 
“Visi kami jelas. Kami mahu menjadi pengeluar produk berasaskan herba yang halal dan mesti melalui kajian dan pembangunan (R&D) menyeluruh demi kesihatan dan kesejahteraan pengguna dengan kepakaran yang ada.
 
“Saya yakin ia dapat dicapai kerana matlamat kami adalah untuk mengutamakan konsep beli produk Malaysia (tempatan) pada harga murah sambil memperkenalkan potensi herba tempatan lain yang memberi manfaat dalam bidang perubatan,” katanya.
 
Menurut Dr Omar, kajian terhadap tumbuhan mas cotek berjalan lebih tiga tahun dan usaha beliau bersama rakan-rakan dalam membuat kajian mengenai mas cotek menarik minat pelbagai pihak.
 
Menurutnya, PHSB dilantik sebagai syarikat peneraju bagi melaksanakan projek Produk Herba Berkualiti Tinggi yang digariskan di bawah Program Transformasi Ekonomi, iaitu projek titik permulaan (NKEA EPP#1). Program penyelidikan dan pembangunan di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani ini dikendalikan beberapa agensi termasuk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Sirim, serta universiti tempatan terpilih.
 
Katanya, hasil kajian tiga tahun dan dengan perbelanjaan syarikat mencecah jutaan ringgit maka akan terhasillah produk dalam kategori Vitex® Series yang berfungsi untuk melegakan kesakitan.
 
Namun buat permulaan ini, beliau berkata, kebaikan produk herba ini sudah boleh nikmati pengguna dengan produk yang dihasilkan PHSB, STAMINAX®!
 
Apa itu STAMINAX®?
 
Laporan Natural Marketing Institute berkenaan gaya hidup sihat masa kini (Health and Wellness Trend Database 2004) mendapati hanya lima peratus penduduk Amerika Syarikat mengambil ubatan atas nasihat doktor bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga.
 
Manakala separuh daripada pengguna mengambil makanan/minuman tambahan. Ini menjadikan jumlah pengguna minuman tenaga  meningkat kepada 61 peratus pada 2015 dan dijangka terus meningkat hingga 2022.
 
Pengurus Projek R&D bagi produk STAMINAX®, Siti Salmi Ghazali berkata, terdapat tiga kategori bahan utama yang digunakan dalam satu-satu produk bagi meningkatkan tenaga, iaitu asid amino, vitamin dan herba.  
 
“STAMINAX® begitu istimewa kerana menggabungkan kesemua elemen ini dan lebih bersifat semula jadi.
 
“Kami menggunakan ekstrak herba bagi menggantikan bahan kimia berbahaya yang jika diambil dalam jumlah yang banyak dan tempoh lama ia boleh mendatangkan kesan buruk. Ekstrak mas cotek adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan tenaga yang hilang,” katanya.
 
Melalui R&D yang dijalankan, STAMINAX® yang dihasilkan oleh Dr Omar dan rakan-rakannya di PHSB menggunakan ekstrak daun mas cotek dapat melegakan sakit kepala atau tekanan, mengatasi kemurungan, menyegarkan tubuh selepas penat bekerja, melawan kelesuan dan rasa mengantuk, meredakan sakit-sakit pada otot, meningkatkan daya tumpu dan kecergasan tubuh.
 
“Dengan slogan ‘Life Gets Better’, STAMINAX® yang memiliki sijil halal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ini, sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Gemar bersukan dan ke gim, sukan lasak dan permotoran, juga mereka yang bekerja dalam waktu panjang seperti doktor, pekerja kilang dan yang perlu berjaga malam.
 
"Mereka yang sering mengalami senggugut dan sakit otot juga elok mengamalkan minuman STAMINAX®. Bagi pesakit kencing manis, usah risau kerana ekstrak mas cotek di dalam STAMINAX® dapat membantu mengawal dan menurunkan paras gula dalam darah," katanya.
 
Dalam pada itu, ditanya mengenai sejauh mana STAMINAX® ini diterima, Dr Omar berkata, ia baru di peringkat permulaan bagi pasaran tempatan, namun di luar negara, STAMINAX® sudah mendapat tempat.
 
“Melalui pameran dan pelan pemasaran kita di luar negara, sambutannya sangat menggalakkan. Ini mungkin disebabkan pengiktirafan terhadap kajian yang kami lakukan untuk produk ini, dan ia juga didokong oleh kesedaran masyarakat dunia terhadap kebaikan penggunaan herba yang lebih selamat, sihat dan semula jadi tanpa kesan sampingan.
 
“Kita sudah mula menarik minat beberapa negara Eropah, Singapura, Indonesia, Timur Tengah, dan Hong Kong. Bagaimanapun kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin memasarkan produk ini mana saja. Kami yakin ia dapat diterima kerana produk STAMINAX® ini mematuhi semua piawaian antarabangsa sebagai minuman kesihatan yang sangat bermanfaat,” katanya.
 
Dijual RM3.60 sebotol (250ml), PHSB juga menawarkan keuntungan sehingga 30 peratus kepada ejen yang berminat menjadi pengedar dan penjual produk minuman tenaga berasaskan herba ini.
 
Bagi yang ingin tahu lebih lanjut dan bertanyakan masalah kesihatan dialami, boleh layari  www.platinumherbs.com.my atau e-mel ke staminax5225@gmail.com.
 
Sumber - Sinar Harian
Previous Post
Next Post

About Author