Menu

Khamis, 13 Oktober 2016

Lanun Johor buka butik pertama di KL


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Jenama pakaian, Lanun Johor membuka cawangan butik Armada Lanun Johor di ibu negara iaitu yang pertama di luar Johor.
Ketua Pegawai Eksekutif LJ Apparels Sdn. Bhd., Faizal Ridza Alwi berkata, pembukaan butik keempat Lanun Johor di pusat beli belah NU Sentral di sini merupakan salah satu usaha syarikat tersebut mengembangkan sayap perniagaan.
“Pemilihan lokasi berdekatan KL sentral yang menjadi pusat pelbagai kemudahan awam dan transit pelancong luar negara dilihat sebagai pemangkin kepada proses mengantarabangsakan produk kami.
“Ini juga selari dengan perancangan jangka panjang kami, mungkin dalam lima tahun lagi untuk membuka cawangan di luar negara seperti London, Tokyo dan Buenos Aires,” katanya selepas majlis pelancaran butik Armada Lanun Johor di pusat beli-belah Nu Sentral, di sini hari ini.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan turut hadir Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad. - UTUSAN ONLINE
Previous Post
Next Post

About Author