Jumaat, 28 Oktober 2016

8 Cara Nak Jadi Penulis Yang Baik

 
ADA yang tanya saya bagaimana untuk menjadi penulis yang baik, yang sedap nukilan atau gaya penceritaannya agar suka dibaca oleh khalayak. Wah, serius, saya tak layak untuk menjawab kerana masih lagi merasakan ‘mentah’ dan terlalu banyak kekurangan di sana sini.
Namun kalau tanya saya, kunci untuk menulis dengan baik adalah dengan MEMBACA. Ini kerana hanya dengan membaca ‘sel-sel otak kita boleh berhubung’ – mengambil ayat yang sering digunakan orang masa kini.
Sebab itu sewaktu saya bertugas sebagai wartawan dulu, editor kami cukup pantang kalau anak buahnya tidak membaca akhbar sebelum memulakan kerja dan ini ternyata benar! Membaca bukan saja membolehkan kita mengetahui dan memperoleh banyak maklumat, tetapi juga membolehkan idea-idea terbit dengan ‘lancar’ sebaik saja kita menekan keyboard.
Kedua, tanya diri kita sendiri, apa yang kita nak tahu bila membaca sesuatu kisah waima membaca Facebook sekalipun. Percayalah, apa yang anda nak tahu itu sebenarnya lebih kurang juga apa yang orang lain nak tahu. Tulislah. Jangan tunggu lagi.
Ketiga, jangan terlalu bombastik atau memilih perkataan yang sukar, absurd, penuh falsafah sebab nak tunjuk kita hebat. Tak perlu. Kehebatan seseorang itu akan datang sendiri dan tak perlu nak ditunjuk-tunjuk pada orang. Lainlah anda nak tulis novel ke, tesis ke, kajian ilmiah ke, itu pastilah ada gaya bahasa dan disiplin penulisannya yang tersendiri.
Keempat, bila nak tulis itu, pastikan menggunakan laras bahasa yang mudah dan senang faham. Kalau kita sendiri tak faham dengan penceritaan kita, maknanya orang lain pun tentu 100 kali tak faham. Contoh paling mudah Dr.Mahathir. Apa saja yang beliau tulis, sama ada isu kewangan atau isu ekonomi yang kompleks, beliau berjaya zahirkan dengan baik dalam penulisannya hingga Mak Timah yang tengah kupas bawang kat Utan Aji pun boleh faham walaupun tidak 100 peratus.
Perenggan pun kena ambil kira…jangan terlalu ‘gemuk’…maksud saya janganlah hentam sampai 30 baris ayat dalam satu perenggan. Sakit mata pembaca nak tengok. Penggunaan foto pun penting juga. Bak kata pepatah INGGERIS – Picture Tell A Thousand Words!
Ini penting, kalau nak menulis, jadilah DIRI ANDA sendiri, tak perlu jadi orang lain. Kalau anda jujur dengan tulisan anda, orang juga akan JUJUR DAN IKHLAS membaca tulisan anda. Jangan memilih untuk berkarya, jangan nak tunggu ada di bilik berhawa dingin baru nak fikir apa yang nak taip, zaman sekarang ini semua ada handphone, daripada dok layan SMS/WHATSAPP, lebih baik anda tulis sesuatu yang bermanfaat untuk orang ramai secara keseluruhannya.
Elakkan penggunaan bahasa kasar, caci maki, umpat nista etc…kita mungkin nak tunjuk kita ni rebel, atau nak tunjuk kita ni ‘no nonsense’…tetapi ia hanya membuatkan orang ‘jauh’ dari kita, lebih teruk, ianya menjadi dosa besar yang mungkin kita tidak pernah terfikir sebelum ini.
Akhir sekali jangan takut untuk menulis, jangan takut untuk mencuba. Tulis saja apa yang terlintas di fikiran selagi ia tidak melanggar tatasusila dan undang-undang. Last but not least, jangan kemut untuk berkongsi apa yang anda tahu, sharing is caring. Yang paling pantang, jangan harap perkara macam LIKE dan SHARE. Biar takde orang yang LIKE dan SHARE pun takpe kerana harapan tinggi pada dua benda itu hanya akan menghalang anda untuk mula menulis.
Saya berhenti di sini dulu. Itulah apa yang saya amalkan. Tak semestinya betul. Wallahualam.
sumber - Facebook Syahril A Kadir, Budiey
Previous Post
Next Post

About Author